~walaupun blog ni dinamakn lala si unchet namun tak bermakna yang saya ni unchet ye...(^-^)~

Saturday, January 22, 2011

kenapa lelaki dan wanita diciptakn berpasangan?

pernah tak kadang kala kite terpkir,"alangkah bagusnye kalo aku blh bace fikiran dye?" ataupun bile saat kite berselisihan faham dengan sesorg kita akan berkata."kenapa susah sgt dye nak tau ape yang ade dlm pikiran aku?" org mmg takkn pernah tahu apa yg terlintas atau bermain di fikiran kite..

banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan dan sbb itulah mereka diciptakan untuk bersama bagi melengkapi antara 1 dengan yg lain.. sedang belek2 laptop tadi terjumpa pulak gmba lama yg guna untuk presentation BEL dulu..gmbar male and female brain..bg yg tak pernah tgk gmba ni msti akn terkejut bile tgk male brain punye..nak taw sbb ape? jap...hehe
kalo la korg perasan,otak pompuan ni dye lebih pikir kepada hal2 yg kecik2 remeh2..sebab 2 prempuan ni cerewet..tp yang bagusnya,otak wanita ade fungsi khas mengingati tarikh2 atau perkara2 yang istimewa dlm idupnya atau erti kata lain lebih prihatin dari segi praktikalnye..

lelaki pulak,dorg ni lebih tang mane? ttuuuuttt!! hahaha..no komen man..;p

tp setiap pasangan mestila pandai mencari kelebihan dan kekurangan yg ade pd diri sndr dan jugak pasangan kite,,barula kite boleh saling melengkapi..cheewahh!! haha kat sini ade bberapa tips yg aku jumpe dari 1 blog ni..4 tips aku da post kt fb,tp kengkawan panggil aku dr.love pulok...malu den..huhu
tp tips2 ni aku rase agak munasabah jugak..so..try la~ (^-^)

1) Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.


2) Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.


3) Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda


4) Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa. (yg ini i like ^-^ )


5) Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi


6) Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.


7) Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.


8) Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.


9) Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.


10) Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

renung-renungkan dan selamat beramal ;p hehe

No comments:

Post a Comment